28 December 2010

MAKLUMAN PEMBELIAN T-SHIRT SUKAN SEKOLAH

Kepada

Semua Ibu Bapa,

Murid-murid Tahun 1,

SK Seksyen Enam,

Shah Alam.

Tuan / Puan,

MAKLUMAN PEMBELIAN T-SHIRT SUKAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah membuat tempahan T-shirt Sukan melalui Kedai Buku Sekolah untuk digunakan sewaktu Pendidikan Jasmani dan segala program sukan dan kokurikulum yang diadakan di sekolah. Oleh itu, semua pembelian T-shirt sukan sekolah boleh dibeli di Kedai Buku Sekolah mulai 01 Januari 2011.

· Harga T-Shirt Sukan - Lengan Pendek : RM 12.00

- Lengan panjang : RM 13.00

· Rumah Sukan Anak - MERAH / HIJAU / KUNING / BIRU

3. Kerjasama dan keperihatinan tuan / puan amat kami hargai dan didahului dengan

ucapan terima kasih.

Sekian dimaklumkan.

No comments:

Post a Comment